e. Ruang Seni
i. Sisipan Seni
Konsep ruangan “ Sisipan Seni” menyentuh mengenai pelbagai isu berkaitan dengan seni Islam. Ia menekankan aspek pemikiran dan idealisma di sebalik sesuatu bidang seni. Ia juga memberi penekanan terhadap seni yang berakar umbi kepada budaya Islam Melayu yang semakin dihakis oleh landasan arus globalisasi serta gaya hidup zaman ini.
Ruangan Artikel Sisipan Seni disumbangkan oleh Black & Brown dan diterbitkan dalam Akhbar Tiga, Utusan Malaysia hari Jumaat setiap dua minggu.
ii. Jiwa dan Seni
Konsep ruangan “Jiwa & Seni” ini adalah untuk mengetengahkan insan-insan yang mempunyai jiwa seni dan juga pandangan pihak-pihak tertentu mengenai seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni yang dibina atas kesedaran Islam dan dihasilkan dengan tujuan untuk mengetengahkan kebudayaan Islam.
Ruangan Artikel Jiwa dan Seni disumbangkan oleh Black & Brown dan diterbitkan dalam Akhbar Tiga, Utusan Malaysia hari Khamis setiap dua minggu.