Al-Quran Mushaf Malaysia Al-Quran Mushaf Terjemahan
a. Penerbitan:
i. Mushaf al-Quran:
—Kemahiran yang dimiliki telah mengilhamkan pembinaan projek Al-Quran Mushaf Malaysia iaitu penghasilan mushaf al-Quran pertama negara dan kedua di dunia sejak hampir 500 tahun yang lampau dalam mengetengahkan seni mushaf. Pembinaan manuskrip siap pada tahun 1999 (630 lembaran bersaiz AO dan bernilai RM21 juta) dan dicetak untuk edaran awam pada tahun 2000. Kemudian menghasilkan Siri Koleksi Al-Quran Mushaf Malaysia pada tahun 2003.
—Membina Al-Quran Mushaf Terjemahan dalam bahasa Inggeris untuk Technology Resources Industries (TRI) pada 1999.
—Membina Ma’aarij Tilawah Al-Quran (Juz ‘Amma) beriluminasi penuh dengan terjemahan dalam bahasa Melayu menggunakan terjemahan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 1997.
Menyelenggara penuh penyalinan Al-Quran Mushaf Nur Fatimah, manuskrip mushaf al-Quran salinan tangan beriluminasi penuh oleh wanita. Mendapat anugerah antarabangsa sempena pameran Al-Quran Antarabangsa Tehran, Iran pada tahun 2000.