b. Pembinaan kalendar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

i.Nourishment of Nur

Nourishment Of NUR merupakan himpunan 366 petikan dari al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk kalendar yang diketengahkan dalam bahasa Inggeris serta diserikan dengan keindahan 21 bunga-bungaan miniatur bagi menyerlahkan lagi keindahan dan keistimewaan penerbitannya. Kalendar ini diterbitkan untuk Prudential BSN Takaful Berhad dan ia dihasilkan bukan sahaja untuk bacaan dan manfaat golongan Muslim, bahkan juga untuk tatapan golongan bukan Muslim. Ia mengajak para pembaca mengenali Islam dengan cara yang lebih menarik dan semoga kebenaran yang diserlahkan itu akan membimbing manusia ke jalan yang benar.

Penerbitan kalendar seumpama ini boleh dikembangkan lagi dengan pelbagai cara antaranya menerapkan ayat-ayat al-Quran dengan keindahan seni khat ataupun menurut cita rasa dan keperluan anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ii.Kalendar ‘Masa Itu Emas’

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Ungkapan ‘Masa Itu Emas’ menunjukkan betapa berharganya masa dan manusia perlu menggunakannya dengan bijaksana. Begitu juga dengan kata-kata hikmah. Jika pengajaran yang ada padanya diikuti, maka ia menjadikan kehidupan manusia lebih baik dan bermakna. Justeru, visual yang dihasilkan adalah adaptasi daripada peti harta karun untuk melambangkan bahawa tiada yang lebih bernilai untuk diterapkan dan ‘disimpan’ di dalam kehidupan selain daripada kata-kata hikmah.