Pusat INFORMASI MANUSKRIP AL-QURAN – MALAYSIA (IMAM):

 

A. Latar belakang ringkas:

 

Pusat Informasi Manuskrip Al-Quran-Malaysia adalah sebuah pusat pengumpulan maklumat mengenai manuskrip al-Quran yang terdapat di Malaysia dan seluruh rantau Nusantara.Pusat ini ditubuhkan oleh Black & Brown Resources Sdn. Bhd. dengan objektif penubuhannya untuk memakmurkan agama Allah S.W.T. melalui pengumpulan dan penyimpanan maklumat mengenai manuskrip al-Quran yang dihasilkan di Nusantara yang terdapat di serata tempat di Nusantara dan di luar negara.

 

 

B. Fungsi:

Mengumpul dan menyimpan data maklumat mengenai manuskrip al-Quran di Nusantara.

Mengadakan kajian dan analisa terhadap manuskrip al-Quran dan perkembangannya.

Menghasilkan penulisan ilmiah mengenai manuskrip al-Quran dan seni Islam dan menerbitkan penulisan tersebut dalam bentuk bahan bercetak.

Membina manuskrip al-Quran beriluminasi dan  manuskrip al-Quran tanpa beriluminasi.

Menawarkan khidmat perundingan dalam seni Islam dan seni mushaf.

Menyebarkan pengetahuan mengenai pembinaan manuskrip al-Quran melalui pelbagai bentuk program seperti diskusi, ceramah, forum, seminar, wawancara dan lain-lain.

Memindahkan kemahiran ini melalui bengkel seni khat, program penyalinan al-Quran dan lain-lain.

Pembinaan replika manuskrip al-Quran yang berasal dari Nusantara dan seluruh dunia.

Pembinaan pelbagai bidang dan produk yang diaplikasi dari seni mushaf.

Menganjurkan pameran seni mushaf al-Quran.

Dan lain-lain.